Tuesday 26 January 2016

TUJUAN PERLEMBAGAAN DIWUJUDKAN

TUJUAN PERLEMBAGAAN

1. Menjaga kestabilan negara
           - Telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Terdapat sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakkan setiap warganegara walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun demikian, semua ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10)

2. Mengekalkan kelangsungan negara bangsa
            - Akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang dapat dijalankan dengan lancar dan saksama.

3. Menwujudkan sistem pemeritahan yang adil
            - Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan sebagainya. Namun begitu, walaupun agama Islam ialah agama rasmi negara,(bahagian 1 perkara 3(1) tetapi agama lain bebas dianuti selagi tidak melanggar perlembagaan

4. Alat penyelesaian masalah
              - Menjadi undang-undang tertinggi negara dan rujukan utama dlm penggubalan undang undang persekutuan dan negeri. Sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang dan rujukan apa -apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.

1 comment: