Tuesday 26 January 2016

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan

Merupakan salah satu prinsip yanag terkandung dalam Rukun Negara kita.Perlembagaan Malaysia dapat dilihat dari perspektif berikut,iaitu merupakan undang-undang utama Persekutuan, Ketertinggian , Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembaagn Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang Utama Persekutuan

a) Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-unang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.

b) Keslahan mana-mana ndang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
    (i) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yanag disebut dalam Perkara 9(2)
    (ii) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2)

c) Kesalahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan.

d) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasa yang disebut dalam Fasal (3) iaiti prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu tidak boleh dimulakn tanpa kebenaran Hakim Mahkamah Persekutuan.



No comments:

Post a Comment