Friday 29 January 2016

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI


Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merupakn dua badan penting dalam sistem pemerintahan negara. Kedua-duanya berperanan melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan negara. Dala konteks Pelembagaan Malaysia, terdapat dua pembahagian penting, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembgaan Negeri.

Perlembagaan Persekutuan

  • Mengandungi 183 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.


  • Mempunyai ciri-ciri khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
       (i)   Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
       (ii)  Mempunyai raja berperlembagaan 
       (iii) Mengamalkan sistem demokrasi berpalimen
       (iv) Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan
       (v)  Memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan 

Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan

Senarai Persekutuan - Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan                                           dalam negeri, undang-undang jenayah sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.

Senarai Bersama      - Perkara yang membolehkan bdan perundangan negeri membuat undang-undang                                    selagi tidak bertentangan dengan undang-undang persekutuan.

Senarai Negeri         - Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak,                                    undang-undang diri dan keluarga orang islam, hari kelepasan negeri, jentera                                          kerajaan negeri dan lain-lain.

Perlembagaan Negeri

  • Hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.Perkara 71 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan persekutuan menjamin hak raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri mengikut Perlembagaan negeri tersebut. Apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang raja bagi mana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan
  • Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa, jika parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi, walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
  • Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu. Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut.
  • Dalam jadual kelapan, terdapat dua peruntukan utama, iaitu:
          (a) Bahagian 1 - Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan 
          (b) Bahagian ll - Peruntukan sementara
  • Peruntukan tetap menggariskan sesuatu negeri harus mengandungi :
           (a) Raja / Yang Dipertua Negeri
           (b) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
           (c) Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
           (d) Dewan Undangan Negeri
  • Terdapat tujuh bab, iaitu :
            (i)  Pembahagian kuasa-kuasa perundangan 
            (ii) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
            (iii) Pembahagian beban kewangan 
            (iv) Tanah
             (v) Pembangunan negara
             (vi) Agihan persekutuan kepada negeri
             (vii) Majlis Negara bagi kerajaan tempatan




                   

No comments:

Post a Comment