Monday 25 January 2016

PENGAJIAN MALAYSIA : KONSEP, CIRI-CIRI DAN TUJUAN PERLEMBAGAAN

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pada mulanya, Malaysia telah mengamalkan undang undang tradisional yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem pemerintahan negara mula menerima pengaruh agama Islam dalam sistem perundangan. Perkembangan ini juga telah mengubah undang-undang di mana undang-undang Kanun Laut Melaka dan Undang Undang 69 Perak digunakan untuk mengadili pesalah. British telah melaksanakan sistem residen menyebabakn kuasa raja telah berkurangan. Raja hanya berkuasa dalam hal ehwal islam dan adat istiadat melayu. British telah mengesahkan cara pemerintahan tempatan dengan membentuk:
  • Negeri-Negeri Melayu Bersekutu - negeri yang mempunyai residen
  • Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu - mendapat nasihat daripada penasihat British
Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu 1941-1945 diharap mengatasi masalah pemerintahan pemimpin tempatan. Namun, Jepun bertindak lebih ganas. Cogan kata "Asia Untuk Orang Asia" sebenarnya bermaksud  hasil bumi negara Asia hanya boleh dinikmati oleh orang Asia. Selepas AS bom Hiroshima dan Nagasaki, British kembali ke Tanah Melayu dan membentuk Malayan Union pada tahun 1946. Perkembangan parti politik yang membentuk Parti Perikatan berjaya menbangunkan masyarakat tempatan dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Perlembagaan bertulis diperkenalkan apabila pemimpin negara cuba mengambil semula Tanah Melayu dan seteruskan menamatkan konsep jus soli.




No comments:

Post a Comment