Tuesday 26 January 2016

BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

Bentuk-bentuk perlembagaan

Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis,iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.

  • Perlembagaan Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen.Perlembagaan bertulis ini mengandungi 3 sifat utama:

    1.Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

    2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan,tetepi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

    3. Mahkamah mempunyai kuasa utuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

  • Perlembagaan Tidak Bertulis - merangkumi semua primsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya Akta Parlimen dan keputusan- keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

No comments:

Post a Comment