Thursday 28 January 2016

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Semenjak tahun 1957 sehingga akhir thaun 1982,Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E).


  • Perkara 159 (4) - Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.



  • Perkara 161 (E) - Perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
Perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja.

PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
  • Permisahan Singapura - Permisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaa.Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.

  • Mengenai Gender - Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. perkataan 'jantina' akan ditambah kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan "Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembaggan ni, tidaklah boleh ada dengan nyatanya warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana mana undang-undang" 

  • Keimunan Raja - mereka tidak boelh dihadapkan ke mahkamah biasa melainkan ke mahkamah khas diraja. pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai mengikut peradaran zaman.

  • Kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau Kedudukan Raja 
                   a) YDPA dan raja-raja di negeri masing-masing hendaklah berhentikan menjalankan fungsinya sekiranya menghadapi tindakan undang-undang. Raja hendaklah berhenti menjalankan tugasnya dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih sehari, maka baginda akan diturunkan tahkta kecuali diampunkan

                   b) Dalam tempoh baginda berhenti menjalankan tugasnya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsinya di negeri berkenaan. Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan fungsi Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja berjalan.

                   c) Mengikut Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi  peruntukkan yang diyatakan dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukkan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.


  • Pengurusan Bekalan Air - Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali Sabah dan Sarawak.Bagi memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Kes Rogol - Pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa. Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi Statutory Rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN

  • Sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
  • Undang-undang dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan seterusnya Bacaan Ketiga.
  • Setelah dibahaskan, rang undang-undang Akta Perlembagaan ( Pindaan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Rang undang-undang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenalkan.Setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang dua pilihan, iaitu:
             (i)  Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30 hari
             (ii) Baginda memulangkan semula kepada Perlimen dengan menyatakan sebab rang undang-                      undang-undang tersebut tidak diperkenalkan untuk dipertimbangkan semula atau                                  diubahsuaikan oleh Parlimen.
  • Pengubahsuaian yang dibuat terhadap rang undang-undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja.Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara.Perbezaannya ialah raja-raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.Peruntukan asal dalam Perlembagaan menyatakan raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.

Proses Pindaan Perlembagaan



1 comment: