Friday 29 January 2016

Pindaan Perlembagaan Negeri

  • Peruntukanperuntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda ialah warisan taktha kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.
  • Suatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri selain:
          (a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan                  bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.
          (b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana                          peruntuk perlu dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kecuali rang undang-undang itu telah disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga dan memperoleh undi sebanyak 2/3 daripada jumlah ahinya. Walau bagaimanapun, pada perenggan (a) dan (b) tidak memerlukan kelebihan undi 2/3.
  • Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
          (a) Perlantikan dan sifat-sifat waris taktha,pemaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli                        Jemaah Pemangku Raja Negeri.
          (b) Pemecatan, penarikan diri, penurunan taktha raja atau waris-warisya.
          (c) Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan                    ahi-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
          (d) Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat, gelaran, kehormatan,                 kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai diraja dan                  istana.
  • Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan 
  • keamana negara seperti keadaan darurat.



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI


Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merupakn dua badan penting dalam sistem pemerintahan negara. Kedua-duanya berperanan melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan negara. Dala konteks Pelembagaan Malaysia, terdapat dua pembahagian penting, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembgaan Negeri.

Perlembagaan Persekutuan

  • Mengandungi 183 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.


  • Mempunyai ciri-ciri khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
       (i)   Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
       (ii)  Mempunyai raja berperlembagaan 
       (iii) Mengamalkan sistem demokrasi berpalimen
       (iv) Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan
       (v)  Memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan 

Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan

Senarai Persekutuan - Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan                                           dalam negeri, undang-undang jenayah sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.

Senarai Bersama      - Perkara yang membolehkan bdan perundangan negeri membuat undang-undang                                    selagi tidak bertentangan dengan undang-undang persekutuan.

Senarai Negeri         - Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak,                                    undang-undang diri dan keluarga orang islam, hari kelepasan negeri, jentera                                          kerajaan negeri dan lain-lain.

Perlembagaan Negeri

  • Hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.Perkara 71 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan persekutuan menjamin hak raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri mengikut Perlembagaan negeri tersebut. Apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang raja bagi mana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan
  • Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa, jika parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi, walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
  • Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu. Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut.
  • Dalam jadual kelapan, terdapat dua peruntukan utama, iaitu:
          (a) Bahagian 1 - Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan 
          (b) Bahagian ll - Peruntukan sementara
  • Peruntukan tetap menggariskan sesuatu negeri harus mengandungi :
           (a) Raja / Yang Dipertua Negeri
           (b) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
           (c) Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
           (d) Dewan Undangan Negeri
  • Terdapat tujuh bab, iaitu :
            (i)  Pembahagian kuasa-kuasa perundangan 
            (ii) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
            (iii) Pembahagian beban kewangan 
            (iv) Tanah
             (v) Pembangunan negara
             (vi) Agihan persekutuan kepada negeri
             (vii) Majlis Negara bagi kerajaan tempatan




                   

Thursday 28 January 2016

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Semenjak tahun 1957 sehingga akhir thaun 1982,Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E).


  • Perkara 159 (4) - Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.



  • Perkara 161 (E) - Perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
Perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja.

PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
  • Permisahan Singapura - Permisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaa.Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.

  • Mengenai Gender - Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. perkataan 'jantina' akan ditambah kepada Perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan "Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembaggan ni, tidaklah boleh ada dengan nyatanya warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana mana undang-undang" 

  • Keimunan Raja - mereka tidak boelh dihadapkan ke mahkamah biasa melainkan ke mahkamah khas diraja. pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai mengikut peradaran zaman.

  • Kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau Kedudukan Raja 
                   a) YDPA dan raja-raja di negeri masing-masing hendaklah berhentikan menjalankan fungsinya sekiranya menghadapi tindakan undang-undang. Raja hendaklah berhenti menjalankan tugasnya dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih sehari, maka baginda akan diturunkan tahkta kecuali diampunkan

                   b) Dalam tempoh baginda berhenti menjalankan tugasnya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsinya di negeri berkenaan. Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan fungsi Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja berjalan.

                   c) Mengikut Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi  peruntukkan yang diyatakan dalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukkan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.


  • Pengurusan Bekalan Air - Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali Sabah dan Sarawak.Bagi memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Kes Rogol - Pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa. Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi Statutory Rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN

  • Sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
  • Undang-undang dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan seterusnya Bacaan Ketiga.
  • Setelah dibahaskan, rang undang-undang Akta Perlembagaan ( Pindaan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Rang undang-undang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenalkan.Setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang dua pilihan, iaitu:
             (i)  Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30 hari
             (ii) Baginda memulangkan semula kepada Perlimen dengan menyatakan sebab rang undang-                      undang-undang tersebut tidak diperkenalkan untuk dipertimbangkan semula atau                                  diubahsuaikan oleh Parlimen.
  • Pengubahsuaian yang dibuat terhadap rang undang-undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja.Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara.Perbezaannya ialah raja-raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.Peruntukan asal dalam Perlembagaan menyatakan raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.

Proses Pindaan Perlembagaan



Tuesday 26 January 2016

KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

 Kuasa tertinggi di Malaysia ialah Parlimen

  • Parlimen - Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri pada pihak yang lain.

  • Perlembagaan - Menentukan perkara besama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.

  • Kedudukan YDPA - Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya.

  • Kuasa perundangan - Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan
.
  • Kebebasan asasi - Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan

Merupakan salah satu prinsip yanag terkandung dalam Rukun Negara kita.Perlembagaan Malaysia dapat dilihat dari perspektif berikut,iaitu merupakan undang-undang utama Persekutuan, Ketertinggian , Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembaagn Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang Utama Persekutuan

a) Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-unang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.

b) Keslahan mana-mana ndang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
    (i) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yanag disebut dalam Perkara 9(2)
    (ii) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2)

c) Kesalahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan.

d) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasa yang disebut dalam Fasal (3) iaiti prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu tidak boleh dimulakn tanpa kebenaran Hakim Mahkamah Persekutuan.



BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

Bentuk-bentuk perlembagaan

Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis,iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.

  • Perlembagaan Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen.Perlembagaan bertulis ini mengandungi 3 sifat utama:

    1.Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

    2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan,tetepi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

    3. Mahkamah mempunyai kuasa utuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

  • Perlembagaan Tidak Bertulis - merangkumi semua primsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya Akta Parlimen dan keputusan- keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

TUJUAN PERLEMBAGAAN DIWUJUDKAN

TUJUAN PERLEMBAGAAN

1. Menjaga kestabilan negara
           - Telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Terdapat sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakkan setiap warganegara walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun demikian, semua ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10)

2. Mengekalkan kelangsungan negara bangsa
            - Akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang dapat dijalankan dengan lancar dan saksama.

3. Menwujudkan sistem pemeritahan yang adil
            - Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan sebagainya. Namun begitu, walaupun agama Islam ialah agama rasmi negara,(bahagian 1 perkara 3(1) tetapi agama lain bebas dianuti selagi tidak melanggar perlembagaan

4. Alat penyelesaian masalah
              - Menjadi undang-undang tertinggi negara dan rujukan utama dlm penggubalan undang undang persekutuan dan negeri. Sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang dan rujukan apa -apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.

Monday 25 January 2016

KONSEP PERLEMBANGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA


  1. Perlembagaan Negara Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada undang-undang lain yang ada di negara ini.
  2. Dianggap undang-undang tertinggi kerana :
    a) menjadi satu faktor utama Parlimen mendapat kuasa
    b) mempunyai kuasa membatalkan mengikut bercanggah dengan perlembagaan
    c) YDPA tertakluk dengan perlembagaan
    d) dihormati dan dijadikan rujukan utama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  3. Yang Dipertuan Agung merupakan ketua negara untuk melaksanakan perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan.
  4. Perlembagaan di Malayasia dibentuk berasaskan nasihat Suruhanjaya Reid pada Februari 1956
  5. Perlembagaan negara ita dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
  6. Berdasarkan perjanjian "kontrak sosial" iaitu perjanjian yang dibuat pemimpin pelbagai kaum.
  7. Menerima undang-undang yang wujud di Sabah



PENGAJIAN MALAYSIA : KONSEP, CIRI-CIRI DAN TUJUAN PERLEMBAGAAN

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pada mulanya, Malaysia telah mengamalkan undang undang tradisional yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem pemerintahan negara mula menerima pengaruh agama Islam dalam sistem perundangan. Perkembangan ini juga telah mengubah undang-undang di mana undang-undang Kanun Laut Melaka dan Undang Undang 69 Perak digunakan untuk mengadili pesalah. British telah melaksanakan sistem residen menyebabakn kuasa raja telah berkurangan. Raja hanya berkuasa dalam hal ehwal islam dan adat istiadat melayu. British telah mengesahkan cara pemerintahan tempatan dengan membentuk:
  • Negeri-Negeri Melayu Bersekutu - negeri yang mempunyai residen
  • Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu - mendapat nasihat daripada penasihat British
Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu 1941-1945 diharap mengatasi masalah pemerintahan pemimpin tempatan. Namun, Jepun bertindak lebih ganas. Cogan kata "Asia Untuk Orang Asia" sebenarnya bermaksud  hasil bumi negara Asia hanya boleh dinikmati oleh orang Asia. Selepas AS bom Hiroshima dan Nagasaki, British kembali ke Tanah Melayu dan membentuk Malayan Union pada tahun 1946. Perkembangan parti politik yang membentuk Parti Perikatan berjaya menbangunkan masyarakat tempatan dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Perlembagaan bertulis diperkenalkan apabila pemimpin negara cuba mengambil semula Tanah Melayu dan seteruskan menamatkan konsep jus soli.